Assalamualaikum =)
Aku nak share la kat sini..sebab aku ad masalah kulit berjerawat.kadang naik bosan nak try macam-macam produk.duit abes tapi kesannye xde..tension.lastly aku tepek je bedak kat muka untuk cover.Aku taula tak elok untuk kulit tapi nak buat mcm mane..berat mata memandang berat lg bahu memikul.cewwah..tadi aku saje nak cari tips-tips kecantikan so i got this..Mari-mari kaum hawa kite amalkan ..semoga kite sentiasa mendapat kulit yg gorgeos n da bOom!!happy reading yaa..
1. Tidur tidak tentu masa
Paling penting kamu harus memastikan masa tidur kamu teratur kerana
tidur yang tidak cukup dan tidak teratur akan memberi kesan pada bawah
mata. Secara tidak langsung membuatkan kulit kamu tidak bermaya dan
kusam.
2. Kotoran pada telefon bimbit
Tanpa kamu sedari telefon bimbit yang ada kalanya dibawa ke tandas,
diletakkan di atas meja yang kotor dan di dalam beg yang penuh dengan
habuk boleh menyebabkan jerawat pada muka apabila pipi bersentuhan
dengan telefon tersebut. Jadi pastikan kamu membersihkan terlebih dahulu
telefon sebelum menggunakannya.
3. Pengambilan makanan yang tidak seimbang
Pantang apa sahaja yang ada di hadapan mata semuanya kamu makan.
Sedangkan kamu sudah tahu makanan berminyak dan kolesterol tinggi adalah
tidak baik. Ia boleh mengakibatkan muka berjerawat dan timbul masalah
lain. Jadi sebaiknya cubalah kamu mengawal pemakanan kerana ia sangat
penting bukan sahaja untuk cantik malah kamu akan kekal sihat dan
cergas.
4. Kerap mengerutkan mata
Ada di antara kamu yang suka mengerutkan wajah terutamanya apabila
ingin melihat objek yang jauh dari mata. Perlu diingatkan, tabiat
mengerutkan muka dan mengecilkan mata ini boleh menyebabkan kulit kamu
cepat berkerut dan kelihatan tua.
5. Malas menggantikan sarung bantal
Ketika tidur, sel-sel kulit mati pada wajah kamu akan melekat pada
sarung bantal. Lama-kelamaan ia akan menebal dan menimbulkan bakteria.
Sekiranya kamu malas menggantikan sarung bantal, ini bermakna kamu akan
tidur di atas timbunan bakteria.
6. Menjadikan diri sebagai bahan eksperimen
Dari satu produk ke satu produk kamu telah gunakan. Malah kamu
menjadikan diri sebagai bahan eksperimen sehingga boleh memberikan kesan
yang sangat buruk kepada kulit. Jangan mudah terpengaruh dengan
cadangan temanteman ataupun iklan iklan. Lain orang lain kesan
penggunaannya.
reference:Dara.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment